Djokovic intai mahkota Wimbledon

Djokovic intai mahkota Wimbledon

LONDON, 28 Jun (AFP) – Novak Djokovic menegaskan kekalahannya pada perlawanan akhir Terbuka Perancis adalah berkaitan dengan sejarah ketika mula mempertahankan gelaran Wimbledon esok.

Pemain nombor satu dunia itu kekal menghindari daripada menjadi tumpuan sejak kekalahannya dalam Roland Garros kepada Stan Wawrinka yang menamatkan usaha terbarunya untuk melengkapkan kerjaya Grand Slam.

Tetapi pemain dari Serbia itu berkata dia bersusah payah untuk mempertahankan mahkota Wimbledon seperti 2011 apabila berjaya menjulang gelaran itu di London.

“Saya memerlukan masa untuk berehat. Lebih kepada mental berbanding fizikal,” kata pemenang utama lapan kali, Djokovic yang menghadapi pemain nombor 33 dunia, Philipp Kohlschreiber dari Jerman dalam aksi pembukaan sukar esok.

“Saya tahu amat berguna untuk beraksi dalam beberapa pertandingan rasmi di gelanggang rumput, tetapi ia bukanlah kali pertama saya datang terus ke Wimbledon.” Kekalahan Djokovic kepada Wawrinka di Paris adalah yang ketiganya dalam 44 pertandingan tahun ini.

Novak Djokovic (kiri) bercakap kepada Rafael Nadal ketika meninggalkan gelanggang selepas menjalani latihan di Wimbledon semalam. – Reuters
Novak Djokovic (kiri) bercakap kepada Rafael Nadal ketika meninggalkan gelanggang selepas menjalani latihan di Wimbledon semalam. – Reuters

Dengan Terbuka Australia sudah dimenanginya, kekalahan itu menamatkan peluangnya untuk menjadi lelaki ketiga dalam sejarah – dan yang pertama sejak 1969 – untuk melengkapkan kejayaan dalam kalendar Grand Slam. Tetapi kekecewaan Paris sebelum ini menyebelahinya.

Kekalahannya 2011 dalam separuh akhir kepada Roger Federer di Roland Garros menamatkan 41 kemenangan berturut–turut tahun itu.

ARTIKEL YANG SAMA