Djokovic juara Masters Paris

Djokovic juara Masters Paris

PARIS, 9 Nov (AFP) – Novak Djokovic memenangi kejuaraan Masters Paris semalam selepas menewaskan Andy Murray 6-2, 6-4 pada aksi final.

Ini adalah kejuaraan ke-10 masters dirangkul pemain nombor satu dunia itu pada musim ini.

Djokovic yang menjadi pilihan utama kejohanan, memenangi kejohanan penghujung musim itu bagi tiga tahun berturut-turut dan kali keempat tatkala dia mudah menguasai cabaran pemain Scotland itu sehingga mata terakhir.

Kemenangan itu juga meletakkan pemain berkenaan mencatatkan rekod menang-kalah kepada 78-5.

Novak Djokovic menjulang trofi memenangi kejuaraan Masters Paris selepas menewaskan Andy Murray 6-2, 6-4 pada aksi final kejohanan tersebut. – Reuters
Novak Djokovic menjulang trofi memenangi kejuaraan Masters Paris selepas menewaskan Andy Murray 6-2, 6-4 pada aksi final kejohanan tersebut. – Reuters

Terdahulu Djokovic memerlukan masa dua jam untuk menewaskan Stan Wawrinka di peringkat suku akhir dan kemudiannya beraksi sehingga melepasi jam 1 pagi pada malam sebelumnya ketika menewaskan Rafael Nadal.

Kedudukan itu juga sekali gus menjadikan beliau tidak pernah kalah sejak 23 Ogos lalu kepada jumlah 22.

Djokovic kini akan ke persaingan Final Jelajah Dunia di London dengan memenangi tiga daripada empat kejuaraan Grand Slam dan enam daripada sembilan kejuaraan Siri Masters 1000 bagi tahun 2015.