Djokovic juara Toronto Masters

Djokovic juara Toronto Masters

TORONTO, 1 Ogos – Pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic menewaskan Kei Nishikori dari Jepun 6-3, 7-5 untuk memenangi kejohanan gelanggang keras di Toronto, sekali gus gelaran perseorangan ke-66 dalam kariernya, kelmarin.

Pilihan pertama dari Serbia itu mengumpul trofi ketujuh musim ini apabila dia mengulangi kemenangan mengatasi pemain terbaik Asia itu tiga bulan lalu di Miami.

Djokovic memperbaiki rekodnya kemenangan 10-2 ke atas Nishikori, hanya mengambil masa 81 minit untuk menamatkan aksi final berkenaan.

Novak Djokovic memegang trofi kemenangan pada perlawanan akhir Kejohanan Tenis Piala Rogers, di Toronto, Ahad lalu. – AP
Novak Djokovic memegang trofi kemenangan pada perlawanan akhir Kejohanan Tenis Piala Rogers, di Toronto, Ahad lalu. – AP

“Saya perlu menyedari tahap saya. Saya tidak berasa selesa pada permulaan minggu, namun semakin baik dan mendapat keyakinan pada masa yang tepat,” kata Djokovic.

Nishikori pula gagal menyerlah pada sejam pertama permainan sebelum kembali memberi tentangan namun sudah terlewat. Pemain Jepun itu bangkit selepas rehat pada set kedua, menyamakan kedudukan 3-3 dan mendahului buat kali pertama 4-3 mengatasi Djokovic pada permainan seterusnya.

Namun Djokovic menunjukkan kehebatan sebenarnya dengan mendahului 6-5, seterusnya mencipta kemenangan pada permainan ketiga dengan penutup servis kuat melepasi jangkauan Nishikori. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA