Djokovic julang grand slam ke-11

Djokovic julang grand slam ke-11

MELBOURNE, 31 Jan – Pemain nombor satu dunia Novak Djokovic mudah melepasi cabaran Andy Murray dengan kemenangan straight set untuk menyamai rekod gelaran Terbuka Australia keenam dan mengukuhkan kedudukannya di dunia tenis lelaki,

Pemain Serbia nombor satu itu menyapu bersih kemenangan 6-1, 7-5. 7-6(7/3) dalam masa dua jam 53 minit untuk memberikan kekalahan kelima Murray di perlawanan akhir Terbuka Australia.

Djokovic kini menyamai rekod Roy Emerson dari Australia, yang memenangi perlawanan itu enam kali di antara tahun 1961 hingga 1967, satu pencapaian yang tidak ditandingi sejak 49 tahun.

Ia juga merupakan gelaran grand slam ke-11 Djokovic, dan bergerak ke tangga kelima bersama Rod Laver dan Bjorn Borg di belakang pendahulu 17 grand slam Federer.

Djokovic sekarang secara jelas pemain yang begitu dominan di kejohanan Melbourne, selepas menewaskan Jo-Wilfred Tsonga untuk memenangi gelaran utama pertamanya pada 2008, mengalahkan Rafael Nadal dalam perlawanan akhir epik 2012 bersama kemenangan empat kali ke atas Murray pada 2011, 2013, 2015 dan sekarang 2016.

Novak Djokovic menjulang gelaran grand slam ke-11 selepas menewaskan Andy Murray di Terbuka Australia kelmarin. - Reuters
Novak Djokovic menjulang gelaran grand slam ke-11 selepas menewaskan Andy Murray di Terbuka Australia kelmarin. – Reuters

Djokovic juga melanjutkan kemenangan berturut-turut 21 perlawanan pada saingan grand slam, dan tidak pernah tewas di kejohanan utama sejak dia ditewaskan oleh Stan Wawrinka pada perlawanan akhir Terbuka Perancis tahun lepas di Roland Garros.

Sementara Djokovic menambah jauh reputasinya, Murray pula mempunyai statistik sebaliknya di mana menjadi orang kedua pada era Terbuka sejak 1968 untuk tewas dalam lima perlawanan akhir Grand Slam di mana-mana kejohanan utama.

Bekas jurulatih Murray Ivan Lendl, tewas lima perlawanan akhir di Terbuka Amerika Syarikat pada 1982-1984 dan 1988-1989, sebelum menang di Flushing Meadows pada 1985-1987. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA