Djokovic julang Terbuka Qatar

Djokovic julang Terbuka Qatar

DOHA, 10 Jan (AFP) – Novak Djokovic memenangi gelaran pertama 2016 semalam, mempamerkan aksi tenis ‘sempurna’ untuk membelasah saingan terdekatnya Rafael Nadal dalam straight set ketika perlawanan akhir Terbuka Qatar.

Pemain nombor satu dunia itu menang 61-1, 6-2 hanya dengan masa satu jam 13 minit.

Kemenangan itu bukan sahaja menandakan gelaran kerjayanya ke-60, bahkan ia juga bermakna Djokovic mendahului rekod saingan dengan Nadal buat pertama kali, menang 24 daripada 47 perlawanan mereka.

“Saya bermain seakan sempurna hari ini dari awal saya berupaya untuk memainkan pukulan yang saya mahukan,” Djokovic berkata selepas perlawanan itu.

Dia menambah bahawa dia bermain tenis terbaik dalam kerjayanya: “Ia berasa seperti dekat dengan kesempurnaan yang saya mahukan.

Novak Djokovic bergambar bersama para pramugari Qatar Airways yang merupakan penganjur kejohanan. – Reuters
Novak Djokovic bergambar bersama para pramugari Qatar Airways yang merupakan penganjur kejohanan. – Reuters

“Secara jelasnya dari mata awal hingga akhir saya berupaya untuk mengenakan taktik dan strategi sendiri dan keadaan begitu menyebelahi saya.”

Djokovic begitu bijak sepanjang perlawanan dan kemenangannya akan menghantar mesej kepada dunia tenis bahawa dia berhasrat untuk mendominasi seperti apa yang dilakukannya tahun lepas apabila dia memenangi tiga daripada empat gelaran utama.

Dia melakukan 30 winner, memaksa tujuh break point dan hanya menghadapi satu ke atasnya, yang diramal berupaya diselamatkannya.

Sepanjang minggu di Qatar, dia tidak menyerahkan sebarang set kepada lawannya dan kemenangannya bermakna dia memenangi kejohanan di mana dia tidak sampai ke perlawanan akhir pada 2015.

Stadium perlawanan nampaknya penuh di mana kalangan pemerhati termasuk pemain-pemain dan para pegawai dari Bayern Munich dan juga Pep Guardiola.

Djokovic mematahkan servis Nadal dua kali dalam setiap set dan mengawal sepanjang perlawanan.

Nadal memerlukan hingga permainan keempat untuk mengambil satu game daripada Djokovic namun Djokovic dengan mudah sahaja memenangi set pertama dalam masa 30 minit.

Djokovic kemudian mengawal set kedua, mematahkan servis Nadal di permainan pertama.

Sebarang harapan untuk kembali daripada Nadal dipadamkan pada permainan kelima apabila Djokovic sekali lagi mematahkan servis untuk berada 4-1 di depan.

Ia merupakan perlawanan akhir ke-16 berturut-turut buat Djokovic, yang kali terakhir gagal memenangi kejohanan pada Ogos tahun lepas di Amerika Syarikat.