Djokovic kalah tapi belum terkeluar

Djokovic kalah tapi belum terkeluar

LONDON, 18 Nov (Reuters) – Roger Federer mengakhiri rekod tanpa kalah 23 permainan Novak Djokovic dengan kemenangan 7-5, 6-2 untuk menempah tiket ke separuh akhir di Jelajah Akhir Dunia ATP kelmarin.

Pematahan satu servis pada set pertama menjadikan perlawanan seperti kucing dan tikus, Federer menghasilkan pukulan drop shot separuh voli pada perlawanan ke-12 membuatkan Djokovic sangat tertekan apabila membuat servis buat kali pertama dalam perlawanan itu.

Dengan kelab peminatnya menyokongnya di perlawanan itu, pemain berusia 34 tahun itu yang juga juara grand slam 17 kali berada di depan pada set kedua, namun memberikan Djokovic pemecahan servis kembali dengan satu kesilapan pukulan forehand.

Namun pemain nombor satu dunia Djokovic kelihatan lemah sepanjang perlawanan dan gagal mencari mainan terbaiknya apabila Federer mengambil kesempatan untuk mara 5-2 di depan.

Djokovic masih berpeluang untuk mara ke pusingan separuh akhir jika mengalahkan Tomas Berdych dalam perlawanan seterusnya. – AFP
Djokovic masih berpeluang untuk mara ke pusingan separuh akhir jika mengalahkan Tomas Berdych dalam perlawanan seterusnya. – AFP

Djokovic menyelamatkan satu mata perlawanan selepas berbalas-balas pukulan baseline, namun gagal menyelamat beberapa mata seterusnya apabila pemain Serbia itu memukul jauh ke luar gelanggang untuk mengakhiri perlawanan kerjaya mereka ke-43 selepas sejam 17 minit.

Djokivic, juara pertandingan itu pada tiga tahun kebelakangan, belum pernah dikalahkan di gelanggang dalam bangunan sejak 2012, coretan kemenangan sebanyak 38 perlawanan.

Federer kini mempunyai dua kemenangan dalam pusingan robin bersama Djokovic dan Kei Nishikori, yang dikalahkan teruk oleh pemain Serbia itu pada Ahad lepas dengan kedua-duanya mempunyai satu kemenangan.

Djokovic kini perlu mengalahkan Tomas Berdych dalam dua set terus esok bagi memastikan tempat di separuh akhir.

ARTIKEL YANG SAMA