Djokovic kerah keringat

Djokovic kerah keringat

NEW YORK, 7 Sept (AFP) – Pemain nombor satu dunia Novak Djokovic mara ke suku akhir Grand Slam untuk kali ke-26 berturut–turut semalam tetapi hanya selepas mengharungi saat cemas di Terbuka AS menentang Roberto Bautista Agut dari Sepanyol.

Juara 2011 itu mencatatkan kemenangan 6-3, 4-6, 6-4, 6-3 untuk membuat temu janji menentang veteran Sepanyol Feliciano Lopez yang juga beraksi buat kali kesembilan berturut–turut untuk peringkat lapan pemain terakhir Terbuka AS.

Djokovic melepaskan pendahuluan 4-2 pada set kedua dan menyaksikan break awal untuk permainan keempat pilihan ke-23 itu yang juga bekas pemain bola sepak junior bersama Villarreal di Sepanyol.

Pemain dari Serbia itu juga terjejas apabila membuat servis pada kedudukan 5-2 dan menyaksikan Agut membuat pukulan kencang forehand sebelum mencatatkan kemenangan ke-60 ini.

“Dia bersaing dan bertahan di sana. Ia pertandingan hebat,” kata Djokovic, yang mencatatkan 42 kemenangan dengan 37 kesilapan mudah.

Djokovic (kiri) berjabat tangan dengan Bautista Agut selepas perlawanan tamat di Pusat Tenis Kebangsaan USTA Billie Jean King di New York semalam. – AFP
Djokovic (kiri) berjabat tangan dengan Bautista Agut selepas perlawanan tamat di Pusat Tenis Kebangsaan USTA Billie Jean King di New York semalam. – AFP

“Saya mencatatkan beberapa mata untuk kedudukan 5-2 pada set kedua tetapi saya tidak menguasainya dan persaingan bertukar. Dia memaksa saya bekerja keras – tiada mata percuma.”

Lopez, 33, mara ke suku akhir Terbuka AS pertamanya selepas 14 kali percubaan dengan 6-3, 7-6 (7/5) 6-1 ke atas Fabio Fognini dari Itali, yang menguasai Rafael Nadal pada pusingan sebelumnya.

“Lopez adalah pemain Sepanyol yang tipikal. Dia berada di depan jaringan dan servis kedua. Dia melakukan servis dan menghasilkan voli dan menggunakan banyak pukulan kencang,” kata Djokovic.

Lopez, pilihan ke-18 berkata Djokovic akan memegang kad setelah memenangi kesemua lima pertemuan. Pemain kidal dari Sepanyol itu hanya menguasai satu set daripada Djokovic dan berada dalam pertemuan pertamanya di Terbuka Australia 2007.

ARTIKEL YANG SAMA