Djokovic langkah kanan

Djokovic langkah kanan

MADRID, 5 Mei (AFP) – Novak Djokovic mempamerkan aksi cemerlang menjelang persediaan ke Terbuka Perancis apabila pemain pilihan utama itu menewaskan pemain remaja, Borna Coric 6-2, 6-4 dalam perlawanan pembukaannya di Masters Madrid, semalam.

Pemain nombor satu dunia itu menjulang trofi di ibu negara Sepanyol itu lima tahun lalu, dan tidak bermain di Madrid sejak 2013 apabila dia tewas dalam perlawanan pembukaan kepada Grigor Dimitrov.

Pemain Serbia itu menewaskan Coric dari Croatia dalam perlawanan di gelanggang tanah liat pertama tahun ini susulan kekalahan di Monte Carlo kepada Jiri Vesely lebih kurang sebulan lalu.

“Perlawanan kedua musim di gelanggang tanah liat bagi saya merupakan satu perjalanan pertama saya yang terbaik,” kata Djokovic.

Aksi cemerlang Djokovic dalam perlawanan pembukaannya Masters Madrid menewaskan pemain remaja, Borna Coric 6-2, 6-4, semalam. – AFP
Aksi cemerlang Djokovic dalam perlawanan pembukaannya Masters Madrid menewaskan pemain remaja, Borna Coric 6-2, 6-4, semalam. – AFP

“Saya mempunyai masa untuk memulihkan emosi dan mental. “Saya perlukan lebih daripada fizikal kerana selama ini ia memberi kejayaan tetapi perlukan permulaan yang mencabar, empat bulan pertama. Saya bermain dalam banyak perlawanan.

“Saya bermain dengan baik pada pusingan pembukaan, beberapa perkara sepatutnya lebih baik menentang pemain muda itu yang saya tidak pernah berjumpa sebelum ini.”

Djokovic akan bertemu pemain Sepanyol, Roberto Bautista Agut selepas pemain pilihan ke-15 itu menewaskan rakan senegara, Feliciano Lopez 6-3, 5-7, 7-5.

ARTIKEL YANG SAMA