Djokovic lepasi halangan

Djokovic lepasi halangan

INDIAN WELLS, 14 Mac (AFP) – Pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic menempah tiket ke pusingan ketiga Indian Wells selepas mengetepikan cabaran Bjorn Fratangelo menerusi kemenangan tiga set 2-6, 6-1, 6-2.

“Saya bermula dengan kurang baik. Saya cuba memenangi perlawanan menggunakan pengalaman saya dan banyak memanfaatkan peluang untuk mengutip mata,” kata Djokovic.

Juara bertahan yang juga juara dua kali itu kini menang 12 perlawanan berturut-turut di Indian Wells dan berhasrat menjadi pemain pertama merangkul lima kejuaraan terbabit.

Juara bertahan Terbuka Australia itu juga mahu menjadikan Indian Wells sebagai batu loncatan dalam usaha dia memburu kejuaraan sulungnya dalamTerbuka Perancis sekaligus melengkapkan karier Grand Slamnya.

Aksi Djokovic ketika menentang Fratangelo pada Kejohanan Terbuka BNP Paribas di Indian Wells Tennis Garden. Djokovic berjaya menempah tiket ke pusingan ketiga Indian Wells selepas mengetepikan cabaran Bjorn Fratangelo menerusi kemenangan tiga set 2-6, 6-1, 6-2. – AFP
Aksi Djokovic ketika menentang Fratangelo pada Kejohanan Terbuka BNP Paribas di Indian Wells Tennis Garden. Djokovic berjaya menempah tiket ke pusingan ketiga Indian Wells selepas mengetepikan cabaran Bjorn Fratangelo menerusi kemenangan tiga set 2-6, 6-1, 6-2. – AFP

Djokovic sudah meninggalkan tahun penuh gemilang yang menyaksikan dia meraih 11 kejuaraan termasuklah Terbuka Australia, Wimbledon dan Terbuka Amerika Syarikat namun dia tewas pada aksi akhir Terbuka Perancis.

“2015 ialah tahun yang paling diingati. Pastinya cabaran yang besar untuk saya mengulangi kembali apa yang saya sudah lakukan tahun lalu. Jadi mengapa tidak?”

Beraksi dalam keadaan yang berangin, Djokovic memenangi 78 peratus servis pertamanya, melakukan tiga faul berganda dengan servisnya dipatahkan tiga kali, termasuklah dua kali pada tiga servis pertama menentang Fratangelo.

ARTIKEL YANG SAMA