Djokovic lepasi tentangan Simon

Djokovic lepasi tentangan Simon

MELBOURNE, 24 Jan – Novak Djokovic menamatkan ancaman daripada pesaing Perancis Gilles Simon di Melbourne Park dengan kemenangan 6-3, 6-7(1), 6-4, 4-6, 6-3 untuk mara ke pusingan suku akhir di Terbuka Australia hari ini.

Djokovic yang sebelum ini belum pernah menyerahkan sebarang set kepada pihak lawan menjelang perlawanan tersebut, seperti menemui penghalang besar apabila bertembung dengan pemain pilihan ke-14 Simon yang memberi cabaran kepada Djokovic sehingga empat jam 32 minit.

Pemain nombor satu dunia seperti bukan dirinya apabila menghasilkan pukulan error sebanyak 100 kali.

Namun pemain Serbia itu kembali sedar pada set penentu apabila dia berjaya mematahkan servis Simon di awal permainan dan mendahului 5-1.

Simon bagaimanapun tidak mengalah, apabila mematahkan kembali servis Djokovic dan menyelamatkan dua mata kemenangan yang mengakibatkan para pemerhati bersorak dengan aksi permainannya itu.

Djokovic dan Gilles Simon berjabat tangan selepas perlawanan tersebut berakhir. – Reuters
Djokovic dan Gilles Simon berjabat tangan selepas perlawanan tersebut berakhir. – Reuters

Bagaimanapun, Djokovic menamatkan perlawanan itu dengan pukulan backhand hebat tepat ke belakang gelanggang pihak lawan.

“Bermain menentang pemain seperti Gilles anda boleh menjangkakan banyak permainan rali, dia selalu akan membuat anda memainkan pukulan lebih,” ujar Djokovic.

“Dia berjuang, bermain dengan baik, ia satu perlawanan fizikal yang mencabar dan saya berasa lega dapat menyudahkan perlawanan ini.

“Dia seorang pemain yang membalas pukulan kencang, mungkin antara yang terbaik jika bukan yang terbaik di jelajah tenis… tahniah kepadanya atas persaingan hebat ini dan saya mendoakan kejayaan kepadanya di masa akan datang.”

Djokovic, yang kini menempah saingan suku akhir yang ke-27 berturut-turut di saingan grand slam, akan bertemu dengan pemain sensasi Jepun Kei Nishikori, pemain yang pernah menewaskannya pada pusingan separuh akhir Terbuka Amerika Syarikat 2014.

“Kami pernah bermain banyak kali di kejohanan-kejohanan besar. Saya tewas kepadanya pada separuh akhir Terbuka AS jadi saya berharap akan dapat menurunkan jumlah kesilapan saya… dan buat sebaik mungkin pada perlawanan itu nanti.” – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA