Djokovic mara ke pusingan ketiga

Djokovic mara ke pusingan ketiga

LONDON, 30 Jun (AFP) – Pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic mara bagi memenangi perlawanan Grand Slam ke-30 berturut-turutnya semalam ketika hujan melanda Wimbledon.

Juara bertahan Djokovic mengetepikan Adrian Mannarino, yang meraikan ulang tahun yang ke-28, 6-4, 6-3 7-6(7/5) untuk mara ke pusingan ketiga.

Pilihan utama, yang berusaha bagi merebut gelaran ketiganya berturut-turut di All England Club dan keempat pada keseluruhannya, akan menghadapi sama ada pilihan ke-28 dari AS, Sam Querrey atau Thomaz Bellucci bagi merebut tempat ke pusingan 16 terakhir.

Persaingan Djokovic diadakan di bawah bumbung Centre Court ketika hujan lebat mencetuskan huru-hara terhadap jadual persaingan.

Hanya 15 minit beraksi adalah kemungkinan di gelanggang luar sehingga lewat petang yang menyebabkan 22 pertandingan perseorangan dibatalkan dan pertandingan beregu lelaki dikurangkan kepada tiga terbaik.

Aksi Novak Djokovic dalam perlawanan tersebut. – AP
Aksi Novak Djokovic dalam perlawanan tersebut. – AP

“Saya bernasib baik dijadualkan beraksi di Centre Court, yang membantu pada hari-hari seperti ini dan apabila bumbung ditutup persekitaran adalah lebih istimewa,” kata pemenang gelaran utama 12 kali itu.

“Saya perlu melakukan banyak jangkaan bagi diri saya tetapi saya gembira saya mampu beraksi pada peringkat tinggi dengan konsisten. Untuk mencatatkan kemenangan 30 Grand Slam berturut-turut adalah kenyataan saya merasa bangga.”

Djokovic disusuli di Centre Court oleh Marcus Willis, pemain nombor 772 dunia, yang menghadapi pemenang Grand Slam 17 kali, Roger Federer ketika kedua dunia tenis itu bertembung.

ARTIKEL YANG SAMA