Djokovic mara ke separuh akhir

Djokovic mara ke separuh akhir

PARIS, 2 Jun – Novak Djokovic mara ke perlawanan separuh akhir Grand Slam ke-30 di Terbuka Perancis hari ini dengan kemenangan 6-3, 7-5, 6-3 ke atas pemain pilihan ketujuh Tomas Berdych dari Republik Czech.

Djokovic, menyasarkan untuk memenangi gelaran Roland Garros pertama untuk melengkapkan koleksi Grand Slam nya, akan bermain dalam perlawanan separuh akhir kelapan berturut-turutnya.

Pemain berusia 29 tahun itu seterusnya akan berdepan sama ada Dominic Thiem dari Australia setelah dia menewaskan David Goffin 4-6, 7-6 (9/7), 6-4, 6-1 bagi menempah tempat ke perlawanan akhir.

Novak Djokovic  berjabat tangan bersama Tomas Berdych selepas perlawanan tersebut. – AFP
Novak Djokovic berjabat tangan bersama Tomas Berdych selepas perlawanan tersebut. – AFP

Apabila kecewa kerana terlepas mata break, pemain Serbia itu menghempas raketnya ke tanah sebelum ia terbang ke belakang gelanggang Philippe Chatrier.

Jika ia terkena pengadil garisan berhampiran, Djokovic sudah pasti akan disingkirkan daripada kejohanan.

Bukan sesuatu yang baru, dia terus meminta maaf kepada umpire perlawanan akibat perbuatannya itu.

“Ia perlawanan suku akhir Grand Slam, sering satu perlawanan yang sukar untuk dimainkan secara taktikal,” kata Djokovic, tiga kali naib juara di Paris di mana terpaksa bermain dengan cuaca yang sejuk sehingga mencecah 12 darjah Celsius.

“Keadaan begitu sukar namun ia sama sahaja seperti apa yang dihadapi oleh para pemain lain.” – AFP

 

ARTIKEL YANG SAMA