Djokovic mara pusingan keempat Terbuka Miami

Djokovic mara pusingan keempat Terbuka Miami

MIAMI, 28 Mac (AFP) – Pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic mara ke pusingan keempat ATP dan WTA Terbuka Miami selepas menewaskan pemain ranking ke-38 dunia dari Portugal, Joao Sousa 6-4, 6-1, sebentar tadi.

Djokovic yang juga juara bertahan dua kali cuba untuk menyamai rekod Andre Agassi yang memenangi enam gelaran terbuka Miami, hanya memerlukan 78 minit untuk memenangi perlawanan ke-12 berturut-turut di kejohanan gelanggang keras dan ke-26 dalam 27 pada penampilannya di Miami.

“Set pertama sepatutnya berakhir dengan cara yang berbeza,” kata Djokovic.

“Saya berjaya memukul bola dengan baik pada saat yang penting dan menamatkan permainan.”

Djokovic ketika beraksi menentang Joao Sousa semasa Kejohanan Terbuka Miami di Crandon Park Tennis Center, Florida semalam. – AFP
Djokovic ketika beraksi menentang Joao Sousa semasa Kejohanan Terbuka Miami di Crandon Park Tennis Center, Florida semalam. – AFP

Pemain Serbia berusia 28 tahun yang memenangi 11 kejuaraan Grand Slam di Terbuka Australia dua bulan lalu, juga meraih kejayaan di Doha dan Indian Wells pada tahun ini.

Selain itu dia berharap untuk melengkapkan kejohanan Miami-India Wells buat tahun ketiga berturut-turut.

Lawan Djokovic seterusnya adalah pemain pilihan ke-14 dari Austria, Dominic Thiem yang menewaskan pemain ranking ke-124 dunia dari Jepun, Yoshihito Nishioka 6-2, 6-2 dalam tempoh 64 minit.

ARTIKEL YANG SAMA