Djokovic mara suku akhir Terbuka Miami

Djokovic mara suku akhir Terbuka Miami

MIAMI, 30 Mac (AFP) – Pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic mara ke suku akhir ATP dan WTA Terbuka Miami selepas menewaskan bintang Austria yang juga pilihan ke-14, Dominic Thiem 6-3, 6-4.

Juara bertahan dua kali, Djokovic dan sudah lima kali memenangi Terbuka Miami secara keseluruhannya bakal berdepan pilihan ketujuh dari Republik Czech, Tomas Berdych di suku suku akhir.

Berdych mara ke suku akhir selepas mengenepikan cabaran pilihan ke-19 kejohanan dari Perancis, Richard Gasquet 6-4, 3-6, 7-5.

Berdych hanya menang dua daripada 24 pertemuan dengan Djokovic, tewas dalam sembilan pertemuan sebelum sejak kali terakhir meraih kemenangan pada pusingan suku akhir di Rome pada 2013.

“Dia (Thiem) bermain dengan baik,” kata Djokovic. “Ia adalah adalah kemenangan straight set tetapi ia bukan tugas mudah.

Aksi Djokovic ketika meraikan kejayaan selepas menewaskan Thiem pada Kejohanan Terbuka Miami di Crandon Park Tennis Center, Florida semalam. – AFP
Aksi Djokovic ketika meraikan kejayaan selepas menewaskan Thiem pada Kejohanan Terbuka Miami di Crandon Park Tennis Center, Florida semalam. – AFP

“Saya mengekalkan servis saya. Tetapi saya membuat banyak kesalahan berganda dan dia banyak meletakkan saya di bawah tekanan.”

Djokovic sebelum ini telah berjaya memenangi 11 gelaran Grand Slam dua bulan lalu di Terbuka Australia dan juga telah mengangkat trofi Doha dan Indian Wells tahun ini manakala Thiem merebut kejuaraan di Acapulco dan Buenos Aires.

Pemain Serbia berusia 28 tahun itu melakukan lapan kesalahan berganda dan 29 kesilapan mudah terhadap dua ace dan lapan menang.

“Servis kedua tidak dilakukan dengan baik. Itu adalah kerana tekanan yang dikenakan kepada saya daripada pihak lawan. Saya tiada mempunyai rentak permainan,” kata Djokovic.

“Secara umumnya saya tidak akan berhadapan dengan banyak mata break. Saya mencuba untuk tidak berada dalam keadaan tersebut seberapa boleh.”

ARTIKEL YANG SAMA