Djokovic mudah ke pusingan kedua

Djokovic mudah ke pusingan kedua

MELBOURNE, 18 Jan – Pemain nombor satu dunia dan juara bertahan, Novak Djokovic mara ke pusingan kedua Terbuka Australia dengan kemenangan 6-3 6-2 6-4 ke atas Chung Hyeon hari ini.

Pemain dari Serbia itu, 28, dilihat tidak menghadapi masalah dengan kehangatan Melbourne ketika dia bersaing bersama pemain remaja dari Korea Selatan dalam pertandingan selama 115 minit, yang menguasai Rod Laver Arena dan mencatatkan 40 pukulan winner.

Pemain nombor 51, Chung, menunjukkan dia memiliki senjata yang luar biasa, terutamanya pada set pembukaan, tetapi tidak selalu untuk menukar pukulannya menjadi kutipan mata.

Pemain itu, 19, menghalang perkembangan Djokovic pada permainan kelima set kedua, dengan menguasai servis selepas lapan deuce, tetapi juara lima kali itu kemudian mara ke pusingan kedua yang akan bertemu sama ada pemain remaja dari Perancis, Quentin Halys atau Ivan Dodig.

Djokovic yang terkenal dengan badannya yang fleksibel dengan mudah sahaja menewaskan lawannya dari Korea Selatan Chung Hyeon. - Reuters
Djokovic yang terkenal dengan badannya yang fleksibel dengan mudah sahaja menewaskan lawannya dari Korea Selatan Chung Hyeon. – Reuters

Sementara itu, apabila ditanya mengenai skandal mengatur perlawanan di dunia tenis, Djokovic mengakui kakitangannya pernah didatangi mengenai menentukan perlawanan pada zaman awal kerjayanya.

Juara Terbuka Australia itu berkata selepas sukan itu digegarkan dengan dakwaan bahawa pihak berkuasa gagal untuk menangani penentuan perlawanan yang semakin menular.

Djokovic menambah bahawa dia pernah didatangi secara tidak langsung untuk menarik diri atau sengaja kalah daripada perlawanan.

“Saya tidak didatangi secara langsung, saya didatangi melalui orang yang berada dalam pasukan saya,” katanya.

“Sudah tentu, kami menolaknya mentah-mentah. Orang itu cuba untuk bercakap dengan saya, dia tidak berupaya berjumpa saya secara langsung.

Pada 2007, Djokovic menjelaskan bahawa satu pendekatan telah dibuat menawarkannya wang AS$200,000 untuk sengaja kalah dalam perlawanan di Terbuka St Petersburg Rusia, kejohanan yang kemudiannya tidak disertainya.

Walaupun Djokovic yakin tiada lagi masalah di peringkat atas, namun dia tidak pasti apa yang berlaku pada pemain di kedudukan ranking rendah. – Reuters