Djokovic-Murray berentap di final

Djokovic-Murray berentap di final

PARIS, 8 Nov (dpa) – Novak Djokovic dan Andy Murray akan berentap pada final Paris Masters ketika persaingan musim ATP ditamatkan pada 2015.

Sementara kedua-dua pemain akan membuat perjalanan ke London untuk memulakan persaingan di World Tour Finals dalam tempoh seminggu, tirai akan dilabuhkan di Paris dalam musim yang didominasi oleh Djokovic, dalam usaha menjulang gelaran kesepuluhnya pada 2015.

Pemain dari Serbia itu mencatatkan rekod ke-14 berturut-turut dalam final — yang terakhirnya dari bukan final adalah suku akhir Doha pada Januari — dengan kekalahan 6-3, 3-6, 6-0 ke atas Stan Wawrinka, yang menafikan pemain nombor satu dunia itu gelaran Terbuka Perancis pada Jun lalu.

Kekalahan itu adalah yang dialami oleh Djokovic pada grand slam musim ini ketika dia menamatkan persaingan dengan 27-1.

Djokovic sekarang mencatatkan 21 kemenangan berturut-turut dan hanya memerlukan satu lagi kemenangan untuk menjadi pemain pertama memenangi enam gelaran Masters 1000 dalam semusim. Dia juga berusaha mencatatkan gelaran keempat dan akan mengatasi tiga gelaran dari jurulatihnya, Boris Becker.

Novak Djokovic (kiri) dan Andy Murray (kanan).
Novak Djokovic (kiri) dan Andy Murray (kanan).

Murray, pilihan kedua yang akan menamatkan kedudukan kedua bagi tahun ini dengan trofi Paris, menewaskan David Ferrer untuk kali ke-11, dengan kemenangan 6-4, 6-3 membawanya bagi kerjaya pertama dalam pertandingan itu.

Djokovic dan Murray akan bersaing untuk kali ketujuh musim ini, dengan Djokovic memegang margin 5-1 pada 2015 dan mencatatkan 20-9 pada keseluruhannya berbanding pemain dari Scotland itu.

Djokovic memerlukan masa dua jam dalam mengatasi Wawrinka, yang beraksi sehingga melepasi 1 pagi pada malam sebelumnya dalam menewaskan Rafael Nadal.

“Permulaan set ketiga adalah penting, malangnya dia bermula dengan baik,” kata Wawrinka. “Saya melakukan beberapa kesilapan pada tiga permainan pertama, dan kemudian mula bertenang dan bermain pantas.”

“Saya tidak memiliki sebarang tenaga untuk kembali pada kedudukan 0-3. Dia mula beraksi dengan permainan terbaiknya apabila dia bermain dengan pantas dan mencatatkan kemenangan. Ia adalah sukar.”

Pemain dari Serb itu menamatkan dengan 25 kemenangan dan 24 kesilapan mudah, menewaskan pemain dari Switzerland itu dengan lima dari 14 peluang. Wawrinka kehilangan cengkaman pada set akhir selepas kembali menyamakan kedudukan pada setiap set.

Pemain nombor empat itu membuat pukulan forehand selepas menyelamatkan dua mata penamat dan menamatkan dengan 31 kesilapan mudah.

“Saya mempunyai hubungan istimewa dengan Stan,” kata Djokovic. “Saya rasa kekuatan selepas Roland Garros, yang menghasilkan kemenangan terbesarnya.”

ARTIKEL YANG SAMA