Djokovic, Murray, Nadal terus Mara

Djokovic, Murray, Nadal terus Mara

PARIS, 31 Mei (DPA) – Pemain pilihan utama Novak Djokovic dan pemain nombor tiga dunia Andy Murray berjaya menentang cabaran pemain muda dari Australia pada Sabtu sementara Rafael Nadal meneruskan rentak permainannya bagi mengekori mereka untuk mara ke pusingan berikutnya di Kejohan Tenis Terbuka Perancis.

Djokovic yang belum memiliki takhta Roland Garros dengan mudah mengalahkan Thanasi Kokkinakis 6-4, 6-4, 6-4 untuk mara ke pusingan keempat yang juga merupakan kemenangan berturut-turutnya sebanyak 25 kali.

Murray mengekalkan tahap permain-annya apabila berjaya mengalahkan pemain muda yang juga dari Australia yang amat berpostensi Nick Kyrgios 6-4, 6-2, 6-3.

Nadal mula menunjukkan kembali kehebatannya di acara yang telah dimenanginya sebanyak sembilan kali itu, berjaya dengan mudah mengalahkan Andrey Kuznetsov 6-1, 6-3, 6-2 bagi menambah jumlah kemenangannya ke 69 kali dan satu kalah di tahun 2009.

Djokovic menunjukkan fleksibilitinya di gelanggang. – AFP
Djokovic menunjukkan fleksibilitinya di gelanggang. – AFP

“Saya tidak berpuas hati berada di pusingan keempat tanpa kehilangan satu set bermain tanpa bermain secara mantap,” kata Nadal. “Itu yang saya perlukan.

“Di minggu kedua memerlukan beberapa langkah yang lebih untuk mendapat beberapa peluang. Saya berharap dapat latihan yang baik besok dan bersedia untuk bermain permainan yang lebih mencabar di hari Isnin, sebab saya perlukannya.”

Murray mencatat rekod menang 13-0 di gelanggang tanah liat musim ini, setelah menang kejohanan tanah liat pertamanya di Munich bulan lepas dan mengejutkan pemerhati apabila mengalahkan Nadal di Madrid.

ARTIKEL YANG SAMA