Djokovic, Nadal, Murray mara ke pusingan kedua

Djokovic, Nadal, Murray mara ke pusingan kedua

PARIS, 24 Mei (AFP) – Pemain nombor satu dunia Novak Djokovic mara ke pusingan kedua dalam kejohanan Terbuka Perancis setelah menundukkan lawannya Yen-Hsen Lu dengan keputusan selesa 6-4, 6-1,6-1 hari ini, sementara juara sembilan kali Rafael Nadal pula dengan mudah menang 6-1, 6-1, 6-1 ke atas pemain Australia Sam Groth.

Nadal, pemain pilihan keempat, membawa rekod keseluruhannya di Paris dengan 71 kemenangan dengan hanya dua tewas.

Pemain Sepanyol itu hanya memerlukan 80 minit untuk menewaskan Groth yang mempunyai pukulan servis kencang itu, melakukan hanya dua unforced errors.

Seterusnya beliau akan berdepan sama ada Facundo Bagnis dari Argentina atau pemain kelayakan Perancis Kenny de Schepper.

Novak Djokovic mengucapkan terima kasih kepada penyokong-penyokongnya selepas perlawanan itu. – AP
Novak Djokovic mengucapkan terima kasih kepada penyokong-penyokongnya selepas perlawanan itu. – AP

Sementara itu, pemain pilihan kedua Andy Murray kembali dari defisit dua set menentang pemain veteran Czech Radek Stepanek untuk mara ke pusingan kedua Terbuka Perancis.

Mengekori dua set berbalas satu apabila permainan terpaksa dihentikan akibat kegelapan semalam. Murray kembali dengan memenangi set keempat sebelum melengkapkan kemenangan 3-6, 3-6, 6-0, 6-3, 7-5 ke atas pemain berusia 37 tahun itu.

Murray, yang telah melangkah tiga kali dalam pusingan separuh akhir Roland Garros, akan berdepan pemain ranking ke-164 dari Perancis Mathias Bourgue untuk mendapat tempat dalam pusingan 32 pemain terakhir.

ARTIKEL YANG SAMA