Djokovic, Nadal teruskan kemaraan

Djokovic, Nadal teruskan kemaraan

PARIS, 27 Mei – Pemain tenis nombor satu dunia, Novak Djokovic dan juara sembilan kali Roland Garros, Rafael Nadal mencerahkan peluang untuk mencatatkan sejarah pada kejohanan Terbuka Perancis sementara Serena Williams turut mara ke pusingan ketiga, semalam.

Djokovic selaku pemain pilihan utama yang sedang memburu gelaran Roland Garros bagi melengkapkan karier Grand Slam, dengan mencatat kemenangan ke-50 di kejohanan menewaskan pemain dari pusingan kelayakan Steve Darcis dari Belgium dengan 7-5, 6-3, 6-4.

Ia adalah kemenangan ketiga pemain Serbia itu dalam tiga pertemuan dengan Darcis, pemain yang digelar ‘Jerung’ atas kejayaan menewaskan Nadal, di Wimbledon pada 2013.

Tetapi persembahan itu adalah jauh daripada daripada meyakinkan bagi juara major 11 kali dan tiga kali pemenang tempat kedua Terbuka Perancis, itu apabila dia melakukan 42 kesilapan.

“Dia bermain dengan sangat pantas, bagus daripada baseline. Ia bukanlah mudah bagi saya bermain untuk mendapatkan mata dengan cara yang saya mahukan,” kata Djokovic mengenai lawannya yang berumur 32 tahun.

Novak Djokovic ketika beraksi dalam perlawanan tersebut. – AP
Novak Djokovic ketika beraksi dalam perlawanan tersebut. – AP

“Dia mempunyai bakat yang besar dan ia adalah sukar. Saya gembira apabila menang dalam tiga set.”

Djokovic akan bertemu pemain Britain kelahiran Slovenia, Aljaz Bedene yang buat kali pertama mara hingga ke pusingan ketiga dalam kejohanan major selepas menewaskan Pablo Carreno Busta dari Sepanyol dengan 7-6 (7/4), 6-3, 4-6, 5-7, 6-2.

Juara sembilan kali, Nadal pula merekodkan sejarah sebagai pemain kelapan yang mencatat 200 kemenangan Grand Slam apabila menewaskan pemain nombor 99 Argentina, Facundo Bagnis 6-3, 6-0, 6-3.

Juara bertahan kategori wanita dan juga pemain pilihan utama, Williams pula mara kes pusingan ketiga selepas menang 6-2, 6-1 kepada Teliana Pereira dari Brazil.

“Hari ini saya bermain dengan sangat baik dan saya gembira dapat memenanginya,” kata Williams. – AFP