Djokovic sedia hadapi cuaca panas

Djokovic sedia hadapi cuaca panas

MELBOURNE, 17 Jan – Pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic merupakan pilihan utama untuk mengatasi kesemua pesaing dan memenangi satu lagi gelaran Terbuka Australia tahun ini, walaupun suhu ekstrem ialah pencabar utama pemain dari Serbia itu.

Djokovic mula mempertahankan gelarannya di Rod Laver Arena esok menentang pemain berbakat dari Korea Selatan, Chung Hyeon, masa yang tepat di mana suhu dijangka menghampiri 37 Celsius (98.6 Fahrenheit) di Melbourne Park.

Djokovic menarik diri daripada persaingan suku akhir menentang Andy Roddick pada 2009 kerana kepenatan akibat cuaca panas dengan suhu pada paras yang sama. Dia merupakan juara bertahan pada ketika itu.

“Anda perlu bersedia bagi apa juga yang hadir di laluan anda,” kata Djokovic hari ini apabila ditanya mengenai kemungkinan kepanasan yang ekstrem.

“Anda berlatih bersungguh-sungguh, mendapatkan paras ketahanan anda di mana anda sebenarnya boleh menangani keadaan itu.

Djokovic ketika sesi latihan bersama jurulatihnya Boris Becker. - Reuters
Djokovic ketika sesi latihan bersama jurulatihnya Boris Becker. – Reuters

“Sudah tentu, kadangkala ia adalah sukar untuk menanganinya jika ia melebih 40 darjah.

“Apa pun yang datang menghampiri kami esok, saya akan bersedia.”

Djokovic sudah bersedia sejak kesukarannya pada 2009. Dia sekarang digambarkan salah seorang pemain yang paling cergas di sukan itu, dengan latihan musim rehat membantu meletakkan bagi empat gelarannya dalam tempoh lima tahun di Melbourne Park.

Juara bertahan itu akan bermula sebagai pilihan bagi gelaran keenam pada Grand Slam pertama tahun ini, meneruskan penguasaannya bagi saingan tenis lelaki yang menyaksikannya memenangi 11 pertandingan pada tahun lepas dan tiga dari empat pertandingan utama.

“2015 merupakan musim terbaik dan tahun terbaik saya,” tambahnya.

“Saya menikmati setiap masa yang diluangkan di atas gelanggang. Saya akan mencuba meneruskan keyakinan itu dan tahap persembahan yang saya ada, terutamanya pada akhir tahun, sehingga musim baru. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA