Djokovic semakin berbisa

Djokovic semakin berbisa

SHANGHAI, 19 Okt – Novak Djokovic menghadiahkan Jo-Wilfried Tsonga kekalahan 6-2, 6-4, hari ini ketika pemain tenis nombor satu dunia itu merangkul gelaran ketiganya di ATP Shanghai Masters.

Perlawanan final yang dianggap berat sebelah di Pusat Tenis Qi Zhong itu hanya berlangsung selama sejam 18 minit dan memberikan pemain kelahiran Serbia itu kemenangan kesembilannya musim ini.

Pada perlawanan itu, Djokovic tewas satu servis namun membalasnya dengan memenangi empat servis Tsonga dengan kemenangan memanjangkan rekodnya kepada 17 kemenangan berturut-turut.

Djokovic mempamer prestasi serupa ketika menewaskan bintang tenis Britain, Andy Murray di separuh akhir dan tampak sukar untuk dihalang pada kedua-dua kejohanan di Shanghai dan Beijing.

Juara tiga gelaran Grand Slam musim ini itu turut memenangi Terbuka China di Beijing, minggu lalu yang terus mengukuhkan reputasinya selaku bintang tenis terbaik dunia. – AFP

Novak Djokovic ketika menjulang Kejohanan Shanghai Masters ATP 1000. - Reuters
Novak Djokovic ketika menjulang Kejohanan Shanghai Masters ATP 1000. – Reuters