Djokovic, Serena menangi anugerah Laureus

Djokovic, Serena menangi anugerah Laureus

BERLIN, 19 April (Reuters) – Pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic dan Serena Williams melengkapkan penguasaan penuh bagi tenis ketika mereka memenangi anugerah Laureus Sportsman dan Sportswoman of the Year.

Dalam majlis yang gemilang di ibu negara Jerman itu, dihoskan oleh aktor Amerika Syarikat, Bill Murray, Djokovic dari Serbia menewaskan pemain bola sepak Barcelona, Lionel Messi, pelari pecut Usain Bolt dan juara Formula 1, Lewis Hamilton bagi mengungguli anugerah terbaik lelaki pada majlis yang diadakan setiap tahun ini.

Djokovic dan Williams dari AS, yang mendapatkan persaingan daripada pemain bola sepak, Carli Lloyd dan pelari pecut dari Jamaica, Shelly-Anna Fraser-Pryce, menerima anugerah itu kerana mendominasi sukan mereka pada tahun lepas, dengan masing–masing memenangi tiga dari empat grand slam.

Kedua atlet mendapatkan hadiah terbaik untuk kali ketiga, dengan Williams sebelumnya memenangi pada 2003 dan 2010 sementara Djokovic juga mencatatkan kejayaan pada 2012 dan 2015.

Novak Djokovic ketika menerima anugerah tersebut di Jerman. – AFP
Novak Djokovic ketika menerima anugerah tersebut di Jerman. – AFP

Pemain golf, Jordan Spieth memenangi anugerah Break-through of the Year selepas memenangi dua pertandingan utama pada Master AS dan Terbuka AS 2015, sementara pasukan All Blacks dari New Zealand memenangi anugerah Team of the Year berikutan kemenangan Piala Dunia mereka.

Terdapat kegembiraan bagi negara tuan rumah begitu juga dengan atlet triatlon, Jan Frodeno yang memenangi hadiah Action Sportperson of the Year.

Pemain bola sepak Belanda dan jurulatih, Johan Cruyff, yang meninggal dunia akibat barah pada Mac lalu, menerima anugerah Spirit of Sport. Anak lelakinya, Jordi menerima anugerah itu bagi pihak ayahnya.

ARTIKEL YANG SAMA