Djokovic, Serena teruskan kemaraan

Djokovic, Serena teruskan kemaraan

PARIS, 29 Mei – Pilihan utama, Novak Djokovic dan Serena Williams mara ke 16 kelompok terakhir pada Terbuka Perancis awal pagi tadi di Paris yang dilanda hujan, sementara Dominic Thiem mengesahkan statusnya sebagai pemain luar untuk memenangi gelaran lelaki.

Harapan Perancis bagi kemenangan pertama dalam tempoh 33 tahun, sementara itu berdepan dengan kesukaran apabila pilihan keenam Jo-Wilfired Tsonga terpaksa menarik diri di pertengahan perlawanan kerana mengalami kecederaan groin pada set pertama persaingannya menentang Ernest Gulbis.

Djokovic, yang boleh menjadi pemain ke lapan bagi memenangi kesemua empat pertandingan Grand Slam seharusnya muncul menjadi juara pada hujung minggu depan, menewaskan Aljaz Bedene dari Britain 6-3, 6-3 6-3 hanya sebelum lampu menjadi samar untuk meneruskan pertandingan.

Pemain dari Serb itu, pemenang tiga pertandingan Grand Slam yang lalu, menyaksikan peluangnya untuk menambah gelaran Perancis digambarkan meningkat dengan pengunduran mengejut dari juara sembilan kali, Rafael Nadal kerana mengalami kecederaan.

“Ia adalah penting untuk menamatkan malam ini,” adalah ulasan Djokovic mengenai persaingan akhirnya sebelum berterima kasih kepada pengadil kerana mengekalkan aksi biarpun berada dalam keadaan samar.

Serena Williams ketika beraksi dalam perlawanan tersebut. - AFP
Serena Williams ketika beraksi dalam perlawanan tersebut. – AFP

Williams, yang memburu era Terbuka, menyamakan rekod gelaran Grand Slam ke 22, bersedia dan menyaingi tie-break set kedua menentang Kristina Mladenovic dari Perancis apabila ribu petir memaksa semua orang mencari perlindungan.

Pertandingan diteruskan, lebih dari dua jam setengah kemudian, pilihan utama dan juara bertahan itu memerlukan lima mata penamat untuk menyudahkan persaingan untuk mara dengan 6-4, 7-6 (12/10) dengan pilihan ke 18 dari Ukraine, Elina Svitolina adalah pesaing seterusnya berikutan kemenangannya ke atas bekas juara Ana Ivanovic.

“Ia sukar, tetapi ia adalah sebahagian dari permainan. Anda hanya perlu bersedia,” kata Williams mengenai cuaca buruk itu.

“Saya merasakan saya melakukan beberapa kesilapan. Tetapi anda tahu, saya merasakan dia adalah kuasa bagi saya. Dia memaksa saya untuk melakukannya, dan malangnya, saya tidak membuat pukulan hebat hari ini.”

Thiem sudah melakukannya dan menguasai menjelang hujan, menewaskan pemain remaja dari Jerman Alexander Zverev 6-7 (4/7), 6-3, 6-3 untuk mara ke pusingan keempat. – AFP