Djokovic, Serena Williams dinamakan pemain terbaik ITF

Djokovic, Serena Williams dinamakan pemain terbaik ITF

LONDON, 23 Dis (Reuters) – Novak Djokovic dan Serena Williams dinamakan sebagai juara dunia lelaki dan wanita bagi 2015 oleh Persekutuan Tenis Antarabangsa (ITF) semalam.

Pemain dari Serb itu menamatkan tahun ini sebagai pemain nombor satu dunia lelaki bagi kali keempat selepas memenangi tiga kejuaraan utama, Australia, Wimbledon dan Terbuka AS, begitu juga menamatkan tempat kedua di belakang Stan Wawrinka di Perancis.

Williams hampir terlepas persaingan grand slam, memenangi persaingan Australia, Perancis dan Wimbledon dan mara ke separuh akhir Terbuka AS.

Novak Djokovic dan Serena Williams yang telah dinamakan sebagai juara dunia lelaki dan wanita bagi 2015 oleh ITF. – Reuters
Novak Djokovic dan Serena Williams yang telah dinamakan sebagai juara dunia lelaki dan wanita bagi 2015 oleh ITF. – Reuters

Martina Hingis, dari Switzerland, dan Sania Mirza dari India dinamakan sebagai juara dunia dua kali, dengan Jean-Julian Rojer dari Belanda, dan Horia Tecau dari Romania memenangi anugerah lelaki.

Hingis menjadi juara dunia ITF sekali lagi 15 tahun selepas dimahkotakan juara perseorangan.

Dalma Galfi, dari Hungary dan Taylor Fritz dari AS dinamakan juara junior ITF.

ARTIKEL YANG SAMA