Djokovic tarik diri

Djokovic tarik diri

DUBAI, 26 Feb (AFP) – Rekod mara ke final 17 kali berturut-turut pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic musnah semalam, apabila jangkitan pada mata menyebabkan pemenang 11 gelaran Grand Slam itu terpaksa menarik diri ketika aksi suku akhir Terbuka Dubai menentang Feliciano Lopez.

Pilihan utama dari Serbia itu tewas pada set pembukaan 6-3 yang mana dia terpaksa memanggil pegawai perubatan sebelum membuat keputusan menarik diri selepas setengah jam beraksi di atas gelanggang.

Keputusan menarik diri itu menyaksikan buat kali pertama pemain berusia 28 tahun itu gagal mara ke final sejak Doha Januari 2015.

“Jangkitan mata ini akan pulih dalam masa beberapa hari,” kata Djokovic, yang menjalankan sidang akhbar dengan memakai cermin mata hitam.

“Beberapa acara penting menanti saya selepas ini – bermula dengan Piala Davis di laman sendiri, diikuti Indian Wells, Miami dan kempen atas tanah liat.

Novak Djokovic ketika bersaing dengan Feliciano Lopez dari Sepanyol dalam perlawanan mereka di ATP, Dubai. – Reuters
Novak Djokovic ketika bersaing dengan Feliciano Lopez dari Sepanyol dalam perlawanan mereka di ATP, Dubai. – Reuters

“Secara fizikalnya, saya berasa ok. Saya begitu sedih untuk menamatkan kejohanan ini dengan cara ini, tetapi saya terpaksa.”

Pilihan keenam, Lopez berkata dia hanya menyedari masalah Djokovic ketika bersalaman dengannya selepas tamat penarikan diri pemain terbabit.

Juara terbuka Perancis, Stan Wawrinka mara ke separuh akhir dengan dia akan menemui budak nakal dari Australia NickKyrgios buat pertama kali sejak pergaduhan mereka di Kanada tahun lalu.

Wawrinka mengetepikan Philipp Kohlschreiber 7-5, 6-1 manakala Kyrgios mengejutkan pilihan ketiga Tomas Berdych dari Czech Republic 6-4, 6-4.