Djokovic terlalu kuat

Djokovic terlalu kuat

DOHA, 10 Jan (Agensi) – Selepas tewas kepada Novak Djokovic 1-6, 2-6 dalam aksi final Terbuka Qatar, malam tadi, Rafael Nadal jelas kagum dengan kerja keras dilakukan pemain Serbia itu.

“Saya bermain menentang pemain yang melakukan semua perkara dengan sempurna. Saya tidak pernah jumpa pemain yang bermain seperti ini sepanjang kerjaya saya.

“Sejak saya mula mengenali sukan ini, saya tidak pernah menyaksikan pemain beraksi pada tahap seperti ini. Apabila saya katakan sempurna, ia bukan hanya satu perkara tetapi semuanya. Jika tidak, ia tidak sempurna,” kata Nadal.

Ia merupakan aksi final ke-16 berturut-turut bagi Djokovic – gelaran ke-12 – sejak dia tewas di suku akhir Terbuka Qatar, tahun lalu.

Rafael Nadal terpaksa akur tewas di tangan Novak Djokovic yang mempamerkan aksi hebat pada perlawanan itu. – Reuters
Rafael Nadal terpaksa akur tewas di tangan Novak Djokovic yang mempamerkan aksi hebat pada perlawanan itu. – Reuters

Bagaimanapun, Nadal dari Sepanyol yang bermain dalam perlawanan akhir ke-99 sepanjang kerjayanya, berkata dia gembira dengan peningkatan ditunjukkannya sejak kembali pulih daripada kecederaan yang menyaksikan dia berehat panjang.

Namun, dia masih belum boleh meramalkan bila dia akan sekali lagi merangkul gelaran Grand Slam.

“Mungkin tiga minggu lagi, mungkin lima bulan lagi, enam atau sembilan bulan lagi. Mungkin juga tidak akan langsung memenanginya. Kamu tidak akan tahu mengenai perkara ini,” kata Nadal yang merekodkan 14 gelaran Grand Slam dalam kerjayanya.