Djokovic Terselamat

Djokovic Terselamat

PARIS, 29 Mei (Reuters) – Harapan Novak Djokovic untuk melengkapkan kerjaya grand slam dengan memenangi Terbuka Perancis mengalami ancaman apabila dia memerlukan masa perubatan ketika kemenangan 6-1, 6-4 6-4 ke atas Gilles Muller dari Luxembourg di Roland Garros semalam.

Pilihan utama dari Serbia itu tergelincir di atas gelanggang tanah liat pada set kedua pusingan kedua dan mengakibatkan otot groin kanannya kejang, lalu meminta pemeriksaan pada waktu pertukaran permainan kesembilan.

Walau bagaimanapun, beliau berjaya menang dalam perlawanan tersebut dengan hanya dipatahkan servis sebanyak sekali.

Selepas menyudahkan mata penamat dengan servis kemenangan dia terus pergi dan berjabat tangan bersama pemain penyerang pasukan Paris St Germain, Zlatan Ibrahimovic yang menyaksikan perlawanan itu.

Djokovic mendapatkan rawatan ketika perlawanannya berlangsung.
Djokovic mendapatkan rawatan ketika perlawanannya berlangsung.

Djokovic seterusnya berdepan dengan pemain dari Australia, Thanasi Kokkinakis di pusingan keempat dengan pertemuan suku akhir menentang juara Roland Garros sembilan kali, Rafa Nadal sekiranya menang ke atas Kokkinakis.

ARTIKEL YANG SAMA