Djokovic terus mara

Djokovic terus mara

LONDON, 2 Julai (Reuters) – Novak Djokovic memberikan dirinya tujuh atau lapan mata dari 10 selepas menyingkirkan Jarkko Nieminen dari Finland 6-4, 6-2, 6-3 di Centre Court untuk mara ke pusingan ketiga Wimbledon semalam.

Pemain nombor satu dunia dan pilihan utama itu melepaskan servis pada permainan pembukaan dan secara meluasnya menguasai persembahan yang dipenuhi dengan kesilapan.

Djokovic dari Serbia masih terlalu jauh bagus bagi pemain nombor 92 dunia, Nieminen, 33, yang beraksi dalam Wimbledon, dan juara bertahan itu berpuas hati dengan latihannya.

“Saya menggambarkannya sekitar tujuh atau lapan. Saya rasa ia adalah persembahan kental,” Djokovic memberitahu wartawan.

“Saya melakukan yang secukupnya untuk memenangi straight set.”

Djokovic berterima kasih kepada peminat selepas memenangi perlawanan tersebut. – AFP
Djokovic berterima kasih kepada peminat selepas memenangi perlawanan tersebut. – AFP

Nieminen hadir dengan semua kekuatan dan mendapatkan pukulan kencang untuk memenangi dua permainan pertama.

Dia bermula dengan agresif, menang dalam beberapa permainan pertama,” kata Djokovic.

“Saya mampu untuk terus bertenang dan percaya saya boleh bangkit. Ia adalah apa yang saya lakukan.”

Djokovic kembali bagi 3-3 dan mendapatkan servis Nieminen lagi untuk memenangi set pembukaan. “Saya rasa titik penting adalah permainan ke 10 set pertama apabila saya memenangi set itu dan mula beraksi secara bebas,” katanya.

“Saya rasa saya mengawal permainan dan segalanya dalam keadaan baik.”

Djokovic akan menentang Bernard Tomic dari Australia, pilihan ke 22, dalam pusingan 32 terakhir dan menjangka pesaingnya untuk mendapatkan sokongan dari peminat yang berpakaian hijau dan emas.