Djokovic tewas di Belgrade

Djokovic tewas di Belgrade

PARIS, 6 Mac (AFP) – Novak Djokovic mengharungi kekalahan pertama di Piala Davis dalam tempoh lima tahun selepas Serbia ketinggalan 2-1 kepada Kazakhstan, semalam. Pemain nombor satu dunia, Djokovic yang bergandingan dengan Nenad Zimonjic tewas dalam acara beregu kepada pasangan Kazakhstan, Andrey Golubev dan Aleksandr Nedovyesov di Belgrade pada perlawanan pusingan pertama.

Keputusan 6-3, 7-6 (7/3), 7-5 memberi kelebihan 2-1 buat Kazakhstan menjelang pertemuan timbal balik perseorangan yang dijadualkan berlangsung, hari ini dengan pemenang akan dijadual bertemu sama ada Great Britain atau Jepun pada aksi suku akhir, Julai depan. Hari ini,

Djokovic akan bertemu Mikhail Kukushkin dalam usaha meneruskan perjuangan juara 2010 itu manakala pertemuan perseorangan terakhir dan juga penentu akan menemukan Viktor Troicki menentang Nedovyesov.

“Kualiti Kazakhstan cukup luar biasa hari ini (semalam),” kata Djokovic. “Mereka lebih baik ketika waktu yang genting.

“Begitupun, kami tahu apa yang perlu dilakukan, kami tahu bagaimana untuk bersedia pada hari ketiga. Kami ada sebab untuk percaya yang kami mampu meraih dua kemenangan kerana kami adalah pilihan, kedua-duanya, Viktor dan Saya.”

Aksi Djokovic selepas memenangi mata dengan rakan sepasukannya Nenad Zimonjic menentang pasukan Kazakhstan pada pusingan pertama Piala Davis di Belgrade. Djokovic mengharungi kekalahan pertama di Piala Davis dalam tempoh lima tahun selepas Serbia ketinggalan 2-1 kepada Kazakhstan, semalam. - AFP
Aksi Djokovic selepas memenangi mata dengan rakan sepasukannya Nenad Zimonjic menentang pasukan Kazakhstan pada pusingan pertama Piala Davis di Belgrade. Djokovic mengharungi kekalahan pertama di Piala Davis dalam tempoh lima tahun selepas Serbia ketinggalan 2-1 kepada Kazakhstan, semalam. – AFP

Dalam pada itu, pasangan adik beradik, Andy dan Jamie Murray memberi kelebihan 2-1 buat penyandang juara, Britain bertemu Jepun. Pada aksi di Birmingham itu, Andy dan Jamie yang melakar sejarah menjulang Britain kejuaraan Piala Davis, tahun lalu meraih kemenangan 6-3, 6-2, 6-4 ke atas pasangan Jepun, Yoshihito Nishioka dan Yakutaka Uchiyama.

Pemain nombor dua dunia, Andy Murray dijadual bertemu pemain utama Jepun, Kei Nishikori yang ketika ini menghuni ranking enam dunia pada pertemuan timbal balik perseorangan.

Seorang lagi pemain perseorangan Britain, Dan Evans pula dijadual menentang Nishioka pada pertemuan penentuan. Nishikori adalah pemain di ranking dunia paling tinggi pernah ditentang Murray pada Piala Davis.

ARTIKEL YANG SAMA