Djokovic tunjuk semangat kental

Djokovic tunjuk semangat kental

BELGRADE, 7 Mac (Reuters) – Pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic mengatasi keletihan dan memberikan inspirasi pesaing untuk membantu pasukan Serbia menewaskan Kazakhhstan 3-2 dalam pertandingan pusingan Piala Davis dan memberikan pertembungan bersama Britain pada Julai depan.

Djokovic menewaskan Mikhail Kukushkin 6-7(6), 7-6(3) 4-6, 6-3 6-2 dalam pertandingan selama lima jam sebelum Viktor Troicki melengkapkan kebangkitan Serbia dengan kemenangan 6-2, 6-3 6-4 ke atas Alkesandr Nedovyesov.

Bergelut dengan kekejangan ketika melakukan double fault dan unforced error pada tiga set pembukaan, Djokovic dalam keadaan bimbing mengumpulkan kekuatan menerusi sokongan penonton di Aleksandar Nikolic Arena.

“Peminat begitu hebat dan sokongan mereka mengeluarkan saya dari masalah pada saat getir dalam permainan,” Djokovic, yang menerima rawatan bagi jangkitan mata dalam masa seminggu sebelum pertandingan, memberitahu sidang akhbar.

“Saya berada dalam keadaan teruk selepas set ketiga tetapi bernasib baik saya berjaya dan menang.

Novak Djokovic meraikan kemenangannya dalam saingan Piala Davis apabila negaranya Serbia menentang Kazakhstan. – AFP
Novak Djokovic meraikan kemenangannya dalam saingan Piala Davis apabila negaranya Serbia menentang Kazakhstan. – AFP

“Tubuh saya mampu untuk bertahan dalam pertandingan itu, dia mendapatkan sokongan bagi menentang keletihan dan terus menyokong Troicki.

“Saya tahu anda kehilangan suara selepas lima jam memberikan sokongan, anda mesti letih, tetapi tolong terus kekal kerana Viktor beraksi sekarang dan memerlukan sokongan anda untuk menang,” katanya di luar gelanggang.

Troicki memudahkan tugas Nedovyesov dalam kemenangan straight-set bagi memberikan Serbia menentang Britain, yang mencatatkan kemenangan 3-1 ke atas Jepun, selepas pemain nombor dua, Andy Murray menewaskan Kei Nishikori.

Nishikori bangkit selepas ketinggalan dua set untuk menentukan penentuan, tetapi Murray terus bertahan dan menamatkannya dalam masa empat jam dan 54 minit.