Djokovic turut mara separuh akhir

Djokovic turut mara separuh akhir

NEW YORK, 9 Sept – Pemain pilihan utama Novak Djokovic terpaksa berhempas pulas sebelum mara ke separuh akhir selepas berjaya menumpaskan pemain Sepanyol Feliciano Lopez pada kejohanan tenis Terbuka AS semalam.

Dalam suasana malam yang lembap dan berlengas di Flushing Meadows, Djokovic ternyata lebih berpengalaman dalam usaha mengesan pukul pesaingnya yang berusia 33 tahun sebelum mencatatkan kejayaan dengan kedudukan 6-1 3-6 6-3 7-6(2).

Lopez memenangi 28 dari sejumlah 41 mata servis dan pukulan, sementara Djokovic mematikan 33 pukul ke jaring yng menghasilkan 19 mata kepada pemain nombor satu dunia itu.

“Dia seorang pemain yang jarang ditemui membuat servis dan pukulan selepas servis pertama dan kedua,” kata Djokovic, pemenang Terbuka Australia dan kejohanan Wimbledon tahun ini. “Dia memiliki servis yang amat kuat.”

“Ia adalah permainan kami berdua pada set keempat,” kata pemain berasal dari Serbia itu. “saya gembira kerana mampu melepasi halangan ini.”

Djokovic, yang memiliki enam kejuaraan kejohanan musim ini, akan berdepan dengan juara bertahan Marin Cilic dari Croatia pada separuh akhir.

Pemain pilihan kesembilan Cilic mara dengan lima set kemenangan menentang Jo-Wilfried Tsonga dari Perancis. – Reuters