DNA ‘rakan jenayah’ serangan Paris ditemui pada bahan letupan

DNA ‘rakan jenayah’ serangan Paris ditemui pada bahan letupan

BRUSSELS, 22 Mac – Polis telah menemui DNA tersangka yang baru dikenal pasti pada bahan letupan yang digunakan dalam serangan di Paris tahun lalu, sumber Perancis mendedahkan semalam, tetapi pihak pendakwa Belgium mengakui mereka ‘masih jauh untuk menyelesaikan teka teki’ pembunuhan ini.

Pihak pendakwa Belgium dan Perancis mengadakan pertemuan di Brussels untuk membincangkan penyiasatan ke atas pembunuhan beramai-ramai di bandar Perancis, ekoran penangkapan tersangka utama pada Jumaat lalu, Salah Abdelslam di Brussels selepas empat bulan diburu.

Para penyiasat Belgium mendedahkan rakan sejenayah yang disyaki dalam serangan 13 November lalu sebagai Najim Laachraoui yang sebelum ini dikenali dengan nama palsunya, Soufiane Kayal.

Laachraoui menggunakan nama lain untuk pergi ke Hungary pada September lalu bersama Abdelslam – mangsa terakhir dari 10 orang yang diketahui yang telah melancarkan penembakan dan pengeboman berani mati yang mengorbankan 130 orang.

Laachraoui dipercayai telah pergi ke Syria pada Februari 2013.

Kesan DNA dari tersangka berusia 24 tahun itu, yang masih bebas, ditemui pada bahan letupan yang digunakan dalam senapang dan serangan berani mati di Paris, menurut sumber rapat dengan penyiasatan Perancis.

Sementara itu pihak pendakwa memberitahu agensi berita Belga bahawa dua peledak, berserta dua senjata yang disembunyikan telah ditemui di dalam pangsapuri yang mana dari situ Abdelslam dikatakan telah melarikan diri ketika serbuan minggu lalu.

“Kami mempunyai beberapa teka teki dan dalam beberapa hari lalu beberapa kepingan telah menemui tempatnya.”

Frederic Van Leeuw memberitahu sidang media di Brussels, yang diapit oleh pihak pendakwa Paris, Francois Molins.

“Tetapi, kami masih lagi jauh dalam menyelesaikan teka teki ini.” – AFP