Doa kesyukuran program mencintai Al-Quran

Doa kesyukuran program mencintai Al-Quran

Oleh Yusrin Junaidi

 

SEKOLAH Menengah Menglait baru-baru ini telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran Program Mencintai Al-Quran secara Talaqqi, Tahlil dan Doa Arwah Sempena Bulan Ramadan serta penyampaian derma kepada 22 orang anak-anak yatim dan penyampaian sumbangan kepada 32 orang penuntut berkeperluan khas sekolah berkenaan.

Majlis berlangsung di Dewan Serba Guna Sekolah Menengah Menglait dengan bacaan surah ayat-ayat lazim diketuai oleh Haji Suwardi Kusuma bin Haji Metusin, dan bacaan Tahlil dan Doa Tahlil oleh Awang Md Nuzul Asmadi bin Haji Abdullah.

Penyampaian sumbangan derma

Selepas acara majlis bertahlil, sumbangan derma dilakukan kepada anak-anak yatim sekolah berkenaan yang penuntutnya berkeperluan khas. Sebelum sumbangan derma, pengetua sekolah memberi sedikit ucapan dan nasihat kepada semua penuntut.

Majlis diteruskan dengan penyampaian sumbangan derma kepada anak-anak yatim di sekolah berkenaan.
Majlis diteruskan dengan penyampaian sumbangan derma kepada anak-anak yatim di sekolah berkenaan.

Beliau antara lain menasihatkan para penuntut agar tekun belajar dan mendekati diri kepada Allah S.W.T dan bersama-sama merebut ganjaran Allah.

Hadir menyampaikan sumbangan derma berkenaan ialah Pengetua SM Menglait, Awang Mohidin bin Haji Noordin.

Turut hadir di majlis berkenaan ialah para guru sekolah, pegawai-pegawai dan kakitangan Sekolah Menengah Menglait.

ARTIKEL YANG SAMA