Doa kesyukuran sempena 21 tahun DST

Doa kesyukuran sempena 21 tahun DST

BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Mac – Bersempena dengan ulang tahunnya yang ke-21, DST telah mengadakan Majlis Membaca Surah Yasin dan Doa Kesyukuran yang berlangsung di Ibu Pejabat DST, Tungku Link, hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Ahli Lembaga Pengarah DST, Awang Abdul Latiff bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohd Yusof. Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif DST, Haji Suhaimi bin Haji Hussain, pihak pengurusan dan kakitangan DST.

Majlis telah diakhiri dengan Sembahyang Asar berjemaah yang dipimpin oleh Imam Masjid Kampung Mulaut, Awang Asbinin bin Haji Zainal.

DST dalam kenyataannya menyatakan bahawa majlis ini merupakan aktiviti tahunannya untuk memupuk hubungan silaturahim dan penyertaan dalam kalangan warga pengurusan dan kakitangan dalam aktiviti-aktiviti syarikat termasuk aktiviti keagamaan.

Antara yang hadir pada majlis doa kesyukuran DST itu, kelmarin.
Antara yang hadir pada majlis doa kesyukuran DST itu, kelmarin.

ARTIKEL YANG SAMA