Doa kesyukuran sempena 56 tahun bomba

Doa kesyukuran sempena 56 tahun bomba

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Mac – Jabatan Bomba dan Penyelamat hari ini mengadakan Majlis Doa Kesyukuran sempena Ulang Tahun ke-56 jabatan itu di Masjid Kampung Pulaie.

Hadir pada majlis itu ialah Setiausaha-Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Haji Mohd ‘Abdoh bin Dato Seri Setia Haji Abdul Salam, Haji Idris bin Haji Ali dan Timbalan Setiausaha Tetap, Haji Muhammad Sunadi bin Haji Buntar.

Turut hadir ialah Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Awang Yahya bin Haji Abdul Rahman.

Setiausaha-Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, semasa hadir pada majlis itu.
Setiausaha-Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, semasa hadir pada majlis itu.

Majlis diisikan dengan solat Fardu Maghrib berjemaah, solat sunat Hajat dan diteruskan dengan bacaan Surah Yasin, doa kesyukuran, solat Fardu Isyak berjemaah dan diakhiri dengan menikmati jamuan.

Ia bertujuan memanjatkan doa agar warga kerja Jabatan Bomba dan Penyelamat sentiasa berada dalam perlindungan Allah S.W.T semasa menjalankan tugas dan pengorbanan serta perkhidmatan cemerlang mereka kepada masyarakat dan negara dalam bidang berisiko tinggi itu.

ARTIKEL YANG SAMA