Doa kesyukuran sempena Puja Usia DPMM

Doa kesyukuran sempena Puja Usia DPMM

Oleh Abdul Rahim Haji Ismail

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Feb – Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD) hari ini mengadakan Majlis Doa Kesyukuran sempena Hari Puja Usia ke-42 Tahun Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri selaku Pengerusi Lembaga Pengarah AMBD di Surau Kementerian Kewangan, di ibu negara.

Hadir di majlis itu ialah Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi bin Haji Osman, selaku Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah AMBD.

Turut hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim, Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Paduka Haji Ali bin Haji Apong, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato Paduka Awang Haji Mohd Roselan bin Haji Mohd Daud, Timbalan Menteri Kewangan, Dato Paduka Haji Hisham bin Haji Mohd Hanifah, ahli Lembaga Pengarah AMBD lain serta pegawai dan kakitangan AMBD.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yasin beramai-ramai yang diikuti dengan sembahyang fardu Asar berjemaah dan doa kesyukuran yang diimamkan oleh Imam Haji Azrol Alim bin Haji Zaini.

Sembahyang berjemaah Fardu Asar.
Sembahyang berjemaah Fardu Asar.
Bacaan Doa Kesyukuran sempena Hari Puja Usia DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah yang dianjurkan oleh AMBD.
Bacaan Doa Kesyukuran sempena Hari Puja Usia DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah yang dianjurkan oleh AMBD.

ARTIKEL YANG SAMA