Doa kesyukuran ulang tahun AMBD

Doa kesyukuran ulang tahun AMBD

Oleh Syahmi Hassan

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Jan – Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD) telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran Sempena Ulang Tahun ke-5 penubuhannya yang berlangsung di Masjid Ash-Shaliheen, di Kompeks Jabatan Perdana Menteri (JPM), Kampung Melabau, hari ini.

Hadir pada majlis berkenaan ialah Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi bin Haji Osman selaku Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah AMBD.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri di JPM, Dato Paduka Haji Mohd Roselan bin Haji Mohd Daud, Timbalan Menteri Kewangan, Dato Paduka Haji Hisham bin Haji Mohd Hanifah, ahli-ahli Lembaga Pengarah AMBD yang lain serta para pegawai dan kakitangan AMBD.

pg03_160107_d

Yang Berhormat Pehin Haji Suyoi bersama-sama menunaikan solat pada Majlis Doa Kesyukuran Sempena Uang Tahun ke-5 AMBD kelmarin.
Yang Berhormat Pehin Haji Suyoi bersama-sama menunaikan solat pada Majlis Doa Kesyukuran Sempena Uang Tahun ke-5 AMBD kelmarin.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yasin, diteruskan dengan sembahyang Fardu Maghrib berjemaah dan sembahyang Sunat Hajat serta Doa Kesyukuran Sempena Ulang Tahun ke-5 Penubuhan AMBD.

Kemudian, tetamu-tetamu yang hadir menikmati jamuan yang telah disediakan di luar masjid berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA