Doa selamat bagi kempen projek pengecatan

Doa selamat bagi kempen projek pengecatan

Oleh Anwar Rosly

 

KUALA BELAIT, 26 Feb – Anak syarikat Kumpulan Mashhor (MGCSB), Mashhor Offshore Painting Services Sdn Bhd (MOPS) hari ini mengadakan majlis doa selamat di atas kapal Salvin Topaz, di Dermaga Kerajaan Kuala Belait, bagi memulakan Kempen Projek Pengecatan tahun ini.

Hadir di majlis itu ialah Pengerusi Kumpulan Mashhor, Malai Haji Abdul Hamid bin Haji Malai Mashhor. Turut hadir ialah beberapa orang warga kerja Mashhor dan kakitangan Syarikat Minyak Brunei Shell (BSP).

Menurut Malai Haji Abdul Hamid, MOPS berharap dapat menyalurkan perkhidmatan terbaik dan berkualiti tinggi kepada BSP dan melangkaui standard yang ditetapkan pada tahun-tahun awal kontrak.

Majlis itu juga bertujuan memohon restu bagi operasi tahun ini agar ia berjalan lancar dan selamat. Ia juga diserikan dengan majlis memotong kek menandakan permulaan kempen MOPS.

Anak syarikat Kumpulan Mashhor, MOPS mengadakan majlis doa selamat bagi kempen projek pengecatan.
Anak syarikat Kumpulan Mashhor, MOPS mengadakan majlis doa selamat bagi kempen projek pengecatan.

ARTIKEL YANG SAMA