Doa selamat buat anggota ABDB ke Lubnan

Doa selamat buat anggota ABDB ke Lubnan

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Ogos – Kementerian Pertahanan, petang tadi, telah mengadakan Majlis Doa Selamat bagi 30 anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang akan menyertai misi pengaman Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) di bawah kontinjen MALBATT 850-4.

Majlis yang berlangsung di Surau Bolkiah Garrison itu dihadiri oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit, Pemerintah ABDB,

Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif Pertahanan, para pengarah, komandan, pegawai kanan dan anggota dari Kementerian Pertahanan dan ABDB.

Majlis Doa Selamat bagi memberkati 30 anggota ABDB yang akan menyertai misi pengaman di Lubnan.
Majlis Doa Selamat bagi memberkati 30 anggota ABDB yang akan menyertai misi pengaman di Lubnan.

Acara majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran, diikuti dengan solat Fardu Asar berjemaah dan doa yang diketuai oleh imam Surau Bolkiah Garison.

Negara Brunei Darussalam menyertai misi pengamanan di bawah UNIFIL ini sejak 2008. Kontinjen kali ini diketuai oleh Mejar Azhan bin Haji Ahmad.

ARTIKEL YANG SAMA