Doa selamat untuk bakal haji Kementerian Pendidikan

Doa selamat untuk bakal haji Kementerian Pendidikan

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Ogos – Seramai 41 pegawai dan kakitangan Kementerian Pendidikan dan jabatan-jabatan di bawahnya yang akan menunaikan fardu haji tahun ini, diraikan dalam Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat yang berlangsung di Bangunan Baru Kementerian Pendidikan, Lapangan Terbang Lama, Berakas.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong.

Mereka adalah antara 400 orang bakal jemaah haji dari negara ini yang akan menunaikan rukun Islam kelima pada musim haji tahun ini. Penerbangan bakal jemaah haji pertama dijangka akan bertolak pada 30 Ogos ini dan 31 Ogos bagi penerbangan kedua.

Majlis hari ini turut diserikan dengan seterusnya ceramah khas bertajuk “Memperoleh Haji Yang Mabrur,” disampaikan oleh Ketua Unit Hal Ehwal Perhubungan Awam, dari Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Haji Sammali bin Haji Adam.

Yang Berhormat Pehin Haji Awang Abu Bakar menghadiri Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat bagi meraikan bakal haji Kementerian Pendidikan, kelmarin.
Yang Berhormat Pehin Haji Awang Abu Bakar menghadiri Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat bagi meraikan bakal haji Kementerian Pendidikan, kelmarin.