Dodin menangi gelaran WTA Quebec

Dodin menangi gelaran WTA Quebec

MONTREAL, 19 Sept – Pemain tenis wanita ranking 132 dunia, Oceane Dodin, memenangi gelaran WTA pertamanya awal pagi tadi selepas menewaskan Lauren Davis 6-4, 6-3 di Quebec City.

Dodin, 19, melepaskan lapan ace dalam aksi yang berlangsung selama satu jam 38 minit itu.

Dia selama ini telah dua kali mara ke pusingan kedua dalam kejohanan utama pada 2015, namun sehingga minggu ini belum pernah memenangi perlawanan undian utama di luar Grand Slam.

Dia melancarkan minggunya dengan mengecewakan pemain pilihan kelima Britain Naomi Broady.

Menentang Davis, yang juga mengejar gelaran WTA pertamanya, pemukul kencang dari Perancis itu melepaskan 31 winner kepada 26 unforced error dan mematahkan servis pemain Amerika itu enam kali.

Dengan kemenangan itu, yang membuatkannya remaja yang memenangi gelaran jelajah WTA tahun ini, Dodin akan memecah masuk ke tangga 100 terbaik dalam ranking dunia buat pertama kali.

Sementara Davis, dalam perlawanan akhir WTA keduanya selepas meraih naib juara pada kejohanan Washington dua bulan lepas, berkata dia akan pergi ke Eropah untuk bersaing dalam kejohanan-kejohanan tertutup untuk meningkatkan keyakinannya. – AFP