Doktor Australia desak kanak-kanak dibebaskan dari pusat tahanan

Doktor Australia desak kanak-kanak dibebaskan dari pusat tahanan

SYDNEY, 12 Okt – Para doktor Australia hari ini meningkatkan tekanan ke atas kerajaan berhubung dasarnya yang tidak mahu bertolak ansur ke atas para pencari perlindungan, dengan mengatakan kanak-kanak yang mereka rawat dari pusat imigresen seharusnya tidak dikembalikan ke pusat tahanan yang keadaannya boleh membahayakan mereka.

Beribu-ribu warga Australia berhimpun pada hujung minggu, menggesa perkhemahan tahanan pulau Pasifik ditutup dan para profesional perubatan di Hospital Royal Children di Melbourne dilaporkan enggan membenarkan para pesakit pencari suaka jika mereka akan dikurung lagi.

Pendirian itu disokong oleh Pertubuhan Perubatan Australia (AMA) dan Kolej Pakar Perubatan Diraja Australia (RACP).

Presiden AMA Brain Owler berkata kanak-kanak yang dikurung mengalami masalah psikologi dan para doktor berdepan dengan dilema etika.

“Para doktor melalui situasi sangat sukar,” dia memberitahu radio kebangsaan.

“Jika ada kanak-kanak yang datang ke hospital kami bimbang jika menghantar mereka kembali ke persekitaran yang kami rasakan akan membahayakan, yang mana mereka berisiko dianiaya, bermakna kami lalai jika kami menghantar mereka semula ke persekitaran yang mana mereka akan dalam bahaya.”

Presiden RACP Nick Talley menambah kata dalam kenyataan itu bahawa ‘masa dan sekali lagi orang awam Australia telah menyaksikan pertanyaan dan mendengarkan alasan bagi salah laku yang dilakukan ke atas kanak-kanak di dalam pusat tahanan ini.

Kesemua pencari suaka yang datang dengan menaiki bot ke Australia kini menghantar ke perkhemahan di Papua New Guinea dan Nauru dan akhirnya menolak penempatan semula di Australia meskipun mereka didapati orang pelarian sebenar. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA