Doktor Australia diculik

Doktor Australia diculik

PERTH, 17 Jan – Pasangan Australia yang dilaporkan diculik dan ditahan oleh militan di Burkina Faso telah mendedikasikan hidup mereka dengan memberikan perkhidmatan perubatan kepada orang ramai di utara terpencil negara itu, menurut jurucakap keluarga berkenaan hari ini.

Dr.Ken Elliott dan isterinya Jocelyn, diculik semalam di utara Burkina Faso berhampiran sempadan dengan Mali, Presiden Roch Marc Christian Kabore berkata dalam ucapan televisyen kepada negara kelmarin selepas pejuang Al-Qaeda melancarkan serangan ke atas bandar Ouagadougou.

Ia belum diketahui jika penculikan Elliott itu berkaitan dengan serangan itu. Doktor berkenaan bersama isterinya berusia dalam 80-an.

Seorang jurucakap bagi kumpulan militan Mali Ansar Dine, Hamadou Ag Khallini memberitahu Pertubuhan Penyiaran Australia bahawa kumpulan jihad daripada kumpulan ‘Emirate of the Sahara’ berkaitan Al-Qaeda, yang beroperasi di utara Mali, telah menawan pasangan itu.

Lebih banyak butiran akan diumumkan kemudian, kata Khallini dalam mesej telefon ringkas. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA