Doktor-doktor junior Britain mogok

Doktor-doktor junior Britain mogok

LONDON, 10 Feb – Ribuan doktor junior memulakan mogok kedua di hospital-hospital Inggeris hari ini, membantah syarat-syarat kerja yang baru dicadangkan dan kadar bayaran yang diberikan.

Beberapa rundingan di antara Jabatan Kesihatan dan kesatuan kerja doktor Pertubuhan Perubatan Britain telah mencapai jalan buntu ke atas kadar gaji hujung minggu.

Doktor-doktor junior, semua pegawai perubatan di bawah aras konsultan hanya memberikan penjagaan kecemasan dari 8 pagi ketika mogok 24 jam itu.

Hampir 3,000 pembedahan telah ditangguhkan, menurut Khidmat Kesihatan Kebangsaan (NHS).

Pertikaian utama di antara doktor-doktor dan pihak kerajaan adalah mengenai sama ada hari Sabtu perlu diklasifikasikan dan dibayar seperti hari-hari biasa bekerja.

Doktor-doktor junior Britain mengadakan mogok berikutan syarat-syarat baru yang dicadangkan oleh NHS. – AFP
Doktor-doktor junior Britain mengadakan mogok berikutan syarat-syarat baru yang dicadangkan oleh NHS. – AFP

Mogok 24 jam pertama yang diadakan pada 12 Januari. Mogok 48 jam yang dirancang pada 26 Januari telah dibatalkan.

Kerajaan hak pusat Perdana Menteri David Cameroon berkata reformasi itu diperlukan untuk membantu membina NHS “tujuh hari seminggu” di mana kualiti penjagaan hujung minggu setaraf dengan penjagaan pada hari-hari bekerja.

Terdapat lebih daripada 50,000 doktor junior di England, menjadikan sepertiga daripada tenaga kerja perubatan.

Mereka adalah pengamal perubatan yang berkelayakan yang bekerja sambil belajar untuk kelayakan bagi peranan-peranan yang lebih senior.

Dokotr Anne Rainsberry, pengarah insiden kebangsaan di NHS England, berkata: “NHS melakukan semua yang mungkin untuk mengurangkan impak mogok yang dikesali ini.”

Di luar Hospital Great Ormond Street London, hospital kanak-kanak terbesar di Britain, lapan pegawai perubatan mengagihkan belon-belon biru dan melambai-lambai pelekat yang bertulis “Kami satu kerjaya, Kami bersatu padu”. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA