Doktor gigi d...

Doktor gigi didakwa cabul pesakit

TAWAU, 17 Mac – Polis hari ini menahan seorang doktor gigi di klinik gigi sebuah sekolah di sini selepas dikatakan mencabul sekurang-kurangnya lima pelajar yang mendapatkan rawatan di klinik itu.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus ketika mengesahkan penahanan itu berkata suspek ditangkap susulan laporan polis yang dibuat oleh lima keluarga mangsa.

Polis sedang menjalankan siasatan mengenai perkara ini, katanya ketika dihubungi.

Bernama difahamkan suspek ditangkap pada 2.30 petang tadi di Lapangan Terbang Tawau. – Bernama