Doktor India ditangkap bunuh 6, kubur mayat di ladang

Doktor India ditangkap bunuh 6, kubur mayat di ladang

MUMBAI, 16 Ogos – Polis telah menangkap seorang doktor di barat India kerana dipercayai menyuntik enam orang dengan dos berlebihan yang membawa maut dan mengebumikan kebanyakan mayat di rumah ladangnya, menurut seorang pegawai hari ini.

Santosh Pol, yang digelar ‘Doktor Maut’ oleh media tempatan, telah ditangkap di sebuah bandar di negeri Maharashtra minggu lalu semasa siasatan polis ke atas kehilangan salah seorang mangsanya.

“Pol telah mengaku membunuh sekitar enam orang termasuk lima lelaki dan seorang lelaki. Kami telah menemui empat mayat dari rumah ladangnya dan seorang di luar dari kediaman bandarnya,” kata inspektor polis Padmakar Ghanvat kepada AFP.

“Dia sering mengubah kenyataannya semasa siasatan itu, yang menjadikan ia sukar bagi kami untuk memahami motifnya,” kata Ghanvat.

Semua mangsa dikatakan hilang di bandar Wai berpemandangan indah itu, 230 km selatan Mumbai, beberapa tahun kebelakangan. Namun tidak banyak yang diketahui mengenai hubungan mereka dengan doktor tersebut.

Rakaman televisyen menunjukkan polis yang diketuai Pol mengelilingi ladangnya, sementara para pegawai lain mengendalikan pengorek mekanikal ketika penduduk kampung yang ingin tahu, memerhatikan.

Polis juga telah menahan jururawat Pol yang disyaki mungkin telah membantunya melakukan beberapa pembunuhan, kata pegawai yang dipetik oleh media tempatan sebagai berkata.

Pol dipercayai membunuh mangsa terbarunya dengan dos berlebihan daripada ubat yang tidak diketahui selepas dia mengancam untuk mendedahkan pembunuhan sebelumnya, menurut laporan tersebut. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA