Doktor ‘jangkitkan HIV’ kena penjara 25 tahun

Doktor ‘jangkitkan HIV’ kena penjara 25 tahun

PHNOM PENH, 3 Dis (AFP) – Seorang doktor Kemboja yang tidak berlesen dijatuhi hukuman penjara 25 tahun hari ini selepas dia didapati bersalah menjangkitkan lebih 200 orang dengan HIV, termasuklah beberapa orang yang sudah meninggal dunia kemudian.

Kes itu telah menyoroti lagi sistem penjagaan kesihatan kronik yang kurang pembiayaan di negara miskin itu yang mana ramai terpaksa bergantung pada perubatan tidak berlesen atau belajar sendiri untuk menerima rawatan.

Yem Chroeum, 55, berdepan dengan prospek penjara seumur hidup, tetapi tuduhan membunuh ke atasnya dikurangkan oleh mahkamah kepada kesalahan kecil mengakibatkan kematian, menurut peguam belanya.

“Anak guam saya masih menegaskan dia tidak bersalah,” peguam Em Sovann memberitahu AFP melalui telefon selepas keputusan diumumkan.

Doktor tidak berlesen Yem Chroeum (tengah) dikawal anggota polis Kemboja tatkala berjalan masuk ke mahkamah di wilayah Battambang, bahagian barat Kemboja, pada 3 Disember 2015. – AFP
Doktor tidak berlesen Yem Chroeum (tengah) dikawal anggota polis Kemboja tatkala berjalan masuk ke mahkamah di wilayah Battambang, bahagian barat Kemboja, pada 3 Disember 2015. – AFP

“Saya akan mewakilinya jika dia mahu merayu penyabitan itu,” tambahnya.

Doktor desa itu didapati bersalah menjangkitkan penduduk tempatan di kampung terpencil Roka di barat wilayah Battambang dengan menggunakan semula jarum kotor.

Bagi berjuta-juta rakyat Kemboja – terutamanya yang miskin di rantau terpencil – doktor-doktor tidak berlesen hanyalah satu-satunya pilihan penjagaan kesihatan realistik bagi penyakit harian.

Menurut perangkaan Bank Dunia Kemboja, salah sebuah negara termiskin di Asia hanya mempunyai 0.2 doktor bagi setiap 100,000 orang, setanding dengan Afghanistan.