Doktor keluar cecair dari otak Raja Thai

Doktor keluar cecair dari otak Raja Thai

BANGKOK, 19 Jun (AFP) – Para doktor yang merawat Raja Thailand, Bhumibol Adulyadej telah melakukan prosedur untuk mengurangkan air dalam otaknya yang bertambah, menurut istana hari ini, dalam siri prosedur terbaru ke atas raja berusia 88 tahun itu.

Bhuminol merupakan monarki yang paling lama memerintah di dunia dan kesihatannya menjadi isu yang sangat membimbangkan awam dan beliau telah menghabiskan masa dua tahun di hospital Bangkok atas beberapa siri penyakit termasuk jangkitan bakteria, kesukaran bernafas, masalah jantung dan hidrosefalus (cecair berlebihan dalam otak).

Kemas kini kesihatan terbaru beliau itu telah dikeluarkan oleh istana hari ini berkata doktor-doktor terpaksa memasang katerer baru untuk mengeluarkan cecair berlebihan dalam otaknya.

“Ujian pemeriksaan imbasan sinar X pada 14 Jun telah mendapati banyak cecair dalam otaknya,” kata Biro Keluarga Diraja.

Kenyataan itu menambah bahawa prosedur itu, yang telah dilakukan tanpa anestetik, telah berjaya.

Hidrosefalus berpotensi membawa maut jika terdapatnya cecair serebrospina (air tulang belakang) yang berlebihan, sejenis cecair yang melindungi otak dan membawa nutrien pentingnya.

Pengemaskinian kesihatan sebelumnya dari istana, termasuk yang bulan lalu, telah memaklumkan bahawa raja telah menjalani rawatan hidrosefalus.

Pada awal bulan ini, Bhumibol juga menjalani pembedahan untuk memperluaskan arteri dalam jantungnya.

Kenyataan hari ini berkata ujian itu menunjukkan keadaan jantungnya beransur sembuh sejak itu.