Doktor Kemboja dibicarakan, jangkiti pesakit dengan HIV

Doktor Kemboja dibicarakan, jangkiti pesakit dengan HIV

PHNOM PENH, 20 Okt – Seorang doktor Kemboja yang tidak berlesen yang dipercayai telah menjangkiti lebih 200 orang dengan penyakit virus HIV, yang beberapa daripadanya sudah mati, telah menjalani perbicara-an atas kesalahan membunuh hari ini.

Kes tersebut telah mende-dahkan sistem penjagaan kesihatan yang kroniknya tidak dibiayai dalam negara miskin itu di mana ramai yang bergantung atas ahli perubatan yang belajar sendiri dan tidak berlesen untuk menerima rawatan.

Yem Chroeum, 55, dituduh menjangkiti penduduk tempatan di kampung terpencil Roka di barat wilayah Battambang dengan menggunakan semula jarum kotor.

Em Sovann, peguamnya, mengatakan mahkamah telah menetapkan perbicaraan lima hari.

“Di bilik mahkamah, klien saya masih lagi mendakwa dia tidak bersalah,” Em Sovann memberitahu AFP, menambah bahawa yang doktor berkenaan tidak sengaja atau tidak tahu telah menjangkiti pesakitnya.

Yem Chroeum berdepan dakwaan membunuh, sengaja menjangkiti para pesakit dengan HIV dan menjalankan klinik tidak berlesen.

Dia berdepan penjara seumur hidup jika disabit bersalah, kata Em Sovann. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA