Doktor sekali lagi sedut air dari otak Raja Thai

Doktor sekali lagi sedut air dari otak Raja Thai

BANGKOK, 3 Julai – Doktor merawat Raja Bhumibol Adulyadej yang sakit, sekali lagi menyedut air yang baru bertakung di otak raja itu, menurut kenyataan istana hari ini, dalam satu siri terbaru kemas kini kesihatan raja berusia 88 tahun itu.

Menjadi idola ramai pengikut setia, kesihatan Bhumibol yang rapuh adalah satu kebimbangan penting bagi orang awam.

Raja itu menggunakan kerusi roda dan jarang dilihat di khalayak ramai, namun dalam beberapa bulan kebelakangan istana sudah pun mula mengeluarkan kemas kini mengenai kesihatannya.

Pemerintahannya sudah pun mencecah tujuh dekad yang bergolak, dan kebanyakan rakyat Thai tidak pernah mengetahui monarki lain. Penganalisis mengatakan krisis politik berdekad-dekad lamanya di negara beraja itu sebahagian besarnya dicetuskan oleh elit yang mahu mengekalkan kedudukan tinggi mereka sebaik sahaja raja itu menamatkan pemerintahannya.

Bhumibol sudah menghabiskan hampir dua tahun lalu di wad hospital di Bangkok bagi beberapa siri penyakit termasuklah jangkitan bakteria, kesukaran bernafas, masalah jantung dan hydrocephalus (air dalam otak).

Satu imbasan X pada 30 Jun mendapati jumlah cecair dikeringkan daripada otak raja itu melalui kateter ‘adalah kurang daripada normal,’ kata Biro Keluarga Diraja.

“Pasukan perubatan meminta kebenaran untuk mengubah kateter untuk mengeringkan lebih banyak cecair pada 2 Julai…keputusannya memuaskan,” tambahnya. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA